Monday, February 25, 2013

Rahsia Allah

Assalamualaikum para blogger.
Hagak lama nad menghilang kann? lately sibok dgn Kenduri Along..Alhamdulillah semuanya sudah selesai.

Entry harini berkaitan jgakk dgn kawin n jodoh.
ssssshhhhhh semuanya rahsia Allah swt

"hampa ingat hampa je ada rahsia. Allah pun banyak rahsia nya dengan kita. Satu entri panjang berjelaa jelaaa jelaaa untuk korang.baca sampai habis naa :) "




layan lagu sambil baca.

Lately kitta selalu dengar pasal Jodoh kan?? APA TUUUUU , yelah kt sekolah cikgu tak ajar bab nih sebab tak ada dalam sylibus, haha...oke, actually jodoh nih pasangan yang telah allah tetapkan untuk kita,yang telah allah tuliskan di luh mahfuz,nama yang telah tersedia disebelah kita.Itu semua rahsia Allah kan. Yang penting kita selalu berdoa untuk mendapat jodoh yang baik. La tahzan :)

Doa adalah senjata terbesar manusia yang tak seorangpun mampu mengambilnya darimu.

Bagi perempuan yang belum menemui rusuk kiri itu, janganlah runsing sebab dia pasti akan datang sebab tugas lelaki mencari pasangan hidup dia dan kita sebagai perempuan, untuk menjadi wanita sempurna bukanlah kekayaan diperlukan,populariti mahupun bijaksana tetapi keluarga yang sempurna dan bahagia iaitu suami dan anak anak. Kadang kadang kita terpaksa menyintai seseorang dari kejauhan dan membiarkannya dalam jagaan tuhan.

Yang sudah ada pasangan,kita berhak memilih yang terbaik tapi ingatlah tuhan memberi berdasarkan apa yg ada pada kita sendiri. Seandainya kita sekarang sedang memperbaiki diri,menjaga hati, insyallah jodoh kita juga sedang memperbaiki diri dan menjaga hati. Tapi andainya diri kita sedang flirting flirting,poking poking chatting chating maka mcm tu jugaklah jodoh kita. Bak kata ustaz azhar idrus (angkat kening) haha


Remember this awak dan awak semua Tetapkanlah hati jika benar ikhlas dan jujur dalam suatu perhubungan dengan niat kerana Allah Taala. Melepaskan memang mudah, tapi untuk menggenggam kembali hati yang dulu, mungkin tidak sama. Orang yang sangat menyayangi kita,bertangungjawab terhadap hati kita takkan pernah meninggalkan kita walaupun ada beribu halangan atau alasan untuk mengalah mendatang tetapi dia akan mencari satu alasan sahaja untuk terus berusaha bersama sampai akhir hayat.



Duhai bakal imamku jangan biarkan hadirmu sekejap mata dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara.
Kelak kehadiranmu dalam hidupku menggantikan tanggungjawab ayahandaku dalam memimpinku. Engkau umpama pakaian bagiku dan aku pakaian untukmu. Pimpinlah aku agar mampu menjadi pembantumu di dunia. Dan pendampingmu di akhirat kelak. Amin ya Rabbal a'lamin!
 
‎

Kita sebagai hamba Allah all we need to do is du'a , hanya Allah Maha Mendengar and Mengetahui Segala2nya. 

 

Wednesday, February 20, 2013

Kahwin Muda

 Assalamualiakum semua.
memandangkan harini class cancel tu teringin nk tulis pasal kawin awal, ramai member2 aku kawin muda. 
Sooo .....

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (akad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.Allah SWT menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Nikah awal nih perlu persediaan mental dan fizikal. luar dalam kena ready no matter what. Kita sering dengar orang selalu cakap, “bestnya nikah”, bestnya kahwin muda (i use to say that). tapi kena ingat, apa konsep 'best' tu ?  Its all about tanggungjawab, berbakti sepenuh hati dan berusaha untuk menjamin kesejahteraan rumah tangga. I’m here not to convince you all tentang kahwin awal.

My advice, kalau tak bersedia lagi nak kahwin, jangan couple. siapa je yang couple lama2 boleh kekal sampai kahwin. Ada tu tukar2 lagi. Tapi, kekalnya tak jugak. kahwin tak jugak. tak taw den nak kato apo (speaking nogori pulak) HAHA !!!. jaga agama, jaga batas, jaga ikhtilat. Allah tu Maha Pengasih. Allah dah tetapkan sapa jodoh kita, if we keep on searching, jap dengan org ni, then putus. eh, dia bukan jodoh aku. jap dengan orang ni plak. putus jugak. eh dia pun bukan jodoh aku. haaa, sampai ke sudah la keje kau dok couple putus then ckp dia bukan jodoh aku. Allah lebih mengetahui tentang semua ni. serahkan pada DIA. insya Allah. cuma yang penting, persiapkan diri kita jadi orang yang lebih baik. supaya orang yang kita dapat, selayaknya dengan kita.insya Allah.

remember "Reda Allah terletak pada reda kedua ibu bapa.."

Kita bila tanya kawan2 yang sudah kawin , soalan nih selalu timbul Kenape kawin awa? 

Pendapat saya Apabila 2 orang anak adam diijabkabulkan, maka menangislah si syaitan durjana kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina :)

Rasulullah s.a.w bersabda: 
Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah 
 apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa baginda Rasulullah saw telah bersabda:   “Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu, maka nikahkanlah dia. Jika tidak kamu lakukan demikian, maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”.(hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)

Kahwin awal ni dapat elakkan banyak perkara maksiat, lebih2 lagi zaman globalisasi ni haa. orang dok couple, terlanjur plak, dapat anak plak. okay, lepas tu rasa masa depan dah gelap, takut nak bagitaw parents, tu la jadi kes2 buang anak. ya Allah. anak anugerah Allah tu dia buat macam sampah. sedih sangat tengok :( kalau dah nikah, kan bagus. anak tu halal, nak bersama dengan suami pun halal. tak perlu la kau serah diri dekat pakwe kau and tanda cinta dan kasih paling AGUNG kononnya.pppiirraaahhh :P, nak serah diri sangat, haaa, kahwin cecepat! 

Rasulullah s.a.w bersabda: 

Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Antara artist2 yg kawin muda ,Sweet je tgk Irine Nadia Marcello dan Muhd Amirul , Ally iskandar dan Farah lee and Dena Bahrin....

Bila turn aku hahaha *gatai bebeno, boyfriend pon takda .. *sobsob :P …sekarang nak focus on my study dulu , bila En.jodoh dh sampai, itu lhaa masa nya. InsyaAllah , Amin. Perempuan yang 
Single ni bukan mereka jual mahal , cuma CINTA dia mahal dan untuk yang halal sahaja :')

Kepada pemilik tulang rusuk saya .. saya sentiasa menanti dan berdoa agar dipertemukan dengan awak . Bimbinglah saya ke syurga Allah :)

"Bercinta lepas kawin must be much more awesome and full with barakah "

  

KELEBIHAN NIKAH:

saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
cium isteri ~ dapat PAHALA!
renung isteri ~ dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri ~ PAHALA!
suami pegang isteri ~ PAHALA!
suami marah isteri (untuk menegur) ~ PAHALA!
suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI GANDA PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain ~ PAHALA!
suami 'bersama' isteri ~ PAHALA!
main kenyit² mata dengan isteri ~ PAHALA!


sweet video nih  
|
|
|
|
|
|
    V    
Dena kamarul bahrin


alrte tata chaw 

Sunday, February 17, 2013

Lelaki Janggut....

Assalamualaikum dan hye
Rasa macam dah lama tak membebel-bebel kat blog sendiri. Buruk perangai rasanya tinggalkan blog sendirian macam tu je. Tapi ape nak buat, masa memang takde untuk seminggu lepas.Setelah 90 tahun hilang tanpa berita , akhirnya Nad sudah kembali menulis ke dalam blog pink yg agak luntur colournye nih. Nak bukak laman sesawang katanya !! .haha
Byk benda Nad nak story morry dekat sini. Tapi bila on je belog get ready mahu menaip,tetibe habes hilang sume idea. Mood pon sekali terbabas.

wahhh conversation yg hagakk random ..boley instagram nih hahah ... hebat tak conversation aku n Aeron Aziz? *Jgn percaya HAHA !!! `_^

So tajuk harini mengenai lelaki berjanggut

Tiba-tiba nak tulis pasal ni sebab baru lepas tengok video ustaz azhar pasal hukum mencukur janggut..dan selepas habis tengok video tu,hukumnya adalah makruh bagi mencukur janggut dan sunat simpan janggut bagi yang bermazhab Syafie.
even thou , aku perempuan , yes aku mengaku . Lelaki macho bila simpan janggut..Nampak matang dan boleh dipercayai..Terserlah kejantanan tu! 

Bagi aku, lelaki melayu yang berjanggut ni nampak manis dan matang. Ni bukan pendapat aku sorang, ramai lagi perempuan diluar sana yang sama pendapat dengan aku. Bak kata orang, janggut tu merupakan asset 'kecantikan' pada seorang lelaki yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih 'tulen'. Tak semua lelaki nampak manis bila berjanggut sekiranya lelaki berjanggut itu tidak menjaga kebersihan diri.

Contoh lelaki melayu yang menyimpan janggut ialah Aeril zafrel , Fizo Omar, Ikram (senior kt sekolah) Apek buncit opsss. *sakat je lebih nih hahaha ... ~_^

Lelaki yang simpan janggut ni bukan sahaja menampakkan diri mereka 'macho', malah akan mendapat keredhaan Allah dengan niat semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Rasulullah SAW.


:: Wahai LELAKI, berjanggutlah ::


                                                              Good Night (: 

 

winkWInk ;)

bersama VISI USM , datuk and datin's family




Monday, February 4, 2013

6 cara Penjagaan Kulit Muka


 tengok muka kak shilaa bersih je, cantik pulak tuh !!!

Kulit muka yang tak dijaga dengan baik menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada sepatutnya. Begitu juga dengan kulit yang aktif. Sebab anda kerap menegangkannya tetapi tak membersihkannya dengan sempurna, tak gunakan pelembab serta sering terdedah kepada matahari.

Sebaliknya, kalau anda nak mengekalkan keremajaan kulit muka lebih lama, ikutilah 6 cara penjagaan muka berikut;

1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau nak minum lebih daripada 10 gelas sehari pun boleh. :)

2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul.

4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.

5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

6. Akhir sekali, jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat.

kerana dia sahabat terindah....

Assalamualaikum.


Yo brathers n sister !!! 
tiada apa kata2 yang harus dimulakan melainkan sorry xhapdate .maklum lhaa pelajar full-time. yeps..i know, i'm not a gud blogger..saya suka buat smua para blogger tertunggu2 smp dah berjuta2 kali msg kat fb suro update baru nk update, baik x ? baik x?
 
Alright let's get to the point..kali nih, aku nak sampaikan cerita mengenai sahabat aku. kisah ini sudah lama ingin aku kongsikan..taaaaaaaaaaaapppppppppiiiiiiii aku tnggu masa yang betul2 sesuai! I know ramai yang mempunyai sahabat, rakan n friends, bestfriend kan? tapi sejauh mana sahabat anda itu sanggup berkongsi kasih, duka tawa dan sebagainya dengan anda..kalau stakat happy2 ja dgn anda, bila senang baru nak muncul, then claim dia tuh shabat terindah, podahh !!! tak hingin.>,<

ok, rasanya, tak perlu lagi laa kot aku nak perkenalkan sapa sahabat baek aku..hmmm. Apekk buncit (jgn marah ye) hikhik..kami kenal almost 2 tahun November 2012 smpai skrg 2013 (2 tahun kan?) hahaha. If iI'm not mistaken di alam maya. Rapat pon secara kebetulan..tak perlu aku bgtau mcm mana aku kenal dia, tapi cukup laa aku nak bgtau yang aku kenal dia di saat aku perlukan betul2 seorang sahabat yang mampu memahami aku. Semua tahu kan what happen sebelom nih. oke NNEEXXTTT !!!


yeah, kalian semua sudah pasti pernah berada di saat kejatuhan kan? benda nih turut berlaku pada aku and semua org kan..aku pernah jatuh..jatuh terduduk dan hampir hilang segalanya.. di saat tuh, Apek muncul dan bimbing aku untuk terus bangkit dan go on with life..yeah, tidak dinafikan. Dia banyak bagi aku semangat/nasihat .Ramai mesti fikir aku kawan dengan dia bersebab, tak langsung !, kita sebagai kawan baik dia, even thou laen jantina , kita harus jaga perasaan satu sama lain kan? means kalau dia dah berpunya ke , aku ke, harus/wajib jaga, itu baru nama nya "best friend" Susah senang saya bukan dengan keluarga saja. Saya juga ada kawan yang sangat baik, sporting.

pejam celik pejam celik..dah bulan 2 wow....Even thou aku mempunyai ramai kawan yg lain tp yeaa i really appreciate it. I love u all my friends.cukuplah sekadar sekarang aku bersyukur mempunyai sahabat terindah bernama (beeep) apek cukup lha..Aku tahu kawan2 yg laen jauh , tp bila contact smua buzy lhaa bagai , not all but a few. Tapi, skrg yg phm aku si Apek nih.. Jasamu dikenang...kenang..enang..nang...ang..ng..g.. (wahhh echoo gitu alaa2 dlm gua)


jadi, apa lagi! marilah kita nyanyi lalalalalalalalalalalalala :D twinkle twinkle little star, joom lhaa kitaa tidoo dgn nyenyakkk, bantal sudahh godaaa, HAHA !!!!!!!!


kepada Apek buncit..
Nad ucapkan jutaan terima kasih sebab menjadi sahabat yg hebat. maaf,kalau ade buat salah ke , terase ke, atau time sakat menyakat ke. tak perlu tunggu raya nk mintak maaf. Nad tak mampu untuk bagi apek sebuah kete audi or private jet ke or sejuta henggit, tapi nad hanya mampu untuk menjadi sahabat yang baek dalam hidup apek..nad doa apek n si dia smpai ke pelamin tp jgn lupa nad, nad sentiasa doakan rezki apek dimurahkan oleh-Nya, segala impian menjadi kenyataan dan menjadi Muslim yang sentiasa dirahmati..amin amin amin ya "rabia'lamin..ingat apek, dan nad nak apek terus senyum walau sehebat mana pon dugaan dari-Nya.janji ;D !!


ok dah boleh lap air mata... taching pulak kan hahahahhaa >,<

jom tido...Adios amigos Aku berangkat dulu hahaha...take care
 

Friday, February 1, 2013

Assalamualaikum.

 
Kadangkala orang yang menyintaimu
 adalah orang yang tak pernah menyatakan 
cintanya padamu....
Kerana orang itu takut kau berpaling 
dan menjauhinya...
Dan bila di suatu masa dia hilang dari 
pandanganmu...
Kau akan menyedari dia adalah cinta 
yang tidak pernah kau sedari...

Hargailah kehadirannya . Jangan bila dia dah kehilangan baru kita meratapi kehilangannya. Masa tu sesal pun dah takda guna :)

entry ni takde maksud apa2 pon, atau xde maksud kat sapa2 pon 
PEACE yo , (Y) ;) wink wink