Wednesday, February 20, 2013

Kahwin Muda

 Assalamualiakum semua.
memandangkan harini class cancel tu teringin nk tulis pasal kawin awal, ramai member2 aku kawin muda. 
Sooo .....

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (akad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.Allah SWT menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Nikah awal nih perlu persediaan mental dan fizikal. luar dalam kena ready no matter what. Kita sering dengar orang selalu cakap, “bestnya nikah”, bestnya kahwin muda (i use to say that). tapi kena ingat, apa konsep 'best' tu ?  Its all about tanggungjawab, berbakti sepenuh hati dan berusaha untuk menjamin kesejahteraan rumah tangga. I’m here not to convince you all tentang kahwin awal.

My advice, kalau tak bersedia lagi nak kahwin, jangan couple. siapa je yang couple lama2 boleh kekal sampai kahwin. Ada tu tukar2 lagi. Tapi, kekalnya tak jugak. kahwin tak jugak. tak taw den nak kato apo (speaking nogori pulak) HAHA !!!. jaga agama, jaga batas, jaga ikhtilat. Allah tu Maha Pengasih. Allah dah tetapkan sapa jodoh kita, if we keep on searching, jap dengan org ni, then putus. eh, dia bukan jodoh aku. jap dengan orang ni plak. putus jugak. eh dia pun bukan jodoh aku. haaa, sampai ke sudah la keje kau dok couple putus then ckp dia bukan jodoh aku. Allah lebih mengetahui tentang semua ni. serahkan pada DIA. insya Allah. cuma yang penting, persiapkan diri kita jadi orang yang lebih baik. supaya orang yang kita dapat, selayaknya dengan kita.insya Allah.

remember "Reda Allah terletak pada reda kedua ibu bapa.."

Kita bila tanya kawan2 yang sudah kawin , soalan nih selalu timbul Kenape kawin awa

Pendapat saya Apabila 2 orang anak adam diijabkabulkan, maka menangislah si syaitan durjana kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina :)

Rasulullah s.a.w bersabda: 
Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah 
 apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa baginda Rasulullah saw telah bersabda:   “Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu, maka nikahkanlah dia. Jika tidak kamu lakukan demikian, maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”.(hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)

Kahwin awal ni dapat elakkan banyak perkara maksiat, lebih2 lagi zaman globalisasi ni haa. orang dok couple, terlanjur plak, dapat anak plak. okay, lepas tu rasa masa depan dah gelap, takut nak bagitaw parents, tu la jadi kes2 buang anak. ya Allah. anak anugerah Allah tu dia buat macam sampah. sedih sangat tengok :( kalau dah nikah, kan bagus. anak tu halal, nak bersama dengan suami pun halal. tak perlu la kau serah diri dekat pakwe kau and tanda cinta dan kasih paling AGUNG kononnya.pppiirraaahhh :P, nak serah diri sangat, haaa, kahwin cecepat! 

Rasulullah s.a.w bersabda: 

Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Antara artist2 yg kawin muda ,Sweet je tgk Irine Nadia Marcello dan Muhd Amirul , Ally iskandar dan Farah lee and Dena Bahrin....

Bila turn aku hahaha *gatai bebeno, boyfriend pon takda .. *sobsob :P …sekarang nak focus on my study dulu , bila En.jodoh dh sampai, itu lhaa masa nya. InsyaAllah , Amin. Perempuan yang 
Single ni bukan mereka jual mahal , cuma CINTA dia mahal dan untuk yang halal sahaja :')

Kepada pemilik tulang rusuk saya .. saya sentiasa menanti dan berdoa agar dipertemukan dengan awak . Bimbinglah saya ke syurga Allah :)

"Bercinta lepas kawin must be much more awesome and full with barakah "

  

KELEBIHAN NIKAH:

saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
cium isteri ~ dapat PAHALA!
renung isteri ~ dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri ~ PAHALA!
suami pegang isteri ~ PAHALA!
suami marah isteri (untuk menegur) ~ PAHALA!
suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI GANDA PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain ~ PAHALA!
suami 'bersama' isteri ~ PAHALA!
main kenyit² mata dengan isteri ~ PAHALA!


sweet video nih  
|
|
|
|
|
|
    V    
Dena kamarul bahrin


alrte tata chaw 

No comments:

Post a Comment