Monday, November 11, 2013

SIAPAKAH WANITA YANG DIROGOL JIN?


Perempuan samada sudah berkahwin/tidak.


Siapa TERINGIN NAK DINODAI JIN, selalulah:



- MANDI TELANJANG.
- SUKA MANDI LEWAT PETANG.
- TIDUR SELEPAS ASAR.
- TIDUR DENGAN KAIN YANG TERDEDAH.



Jika terasa diri kita terlalu kerap melakukan semua perkara ni, cepat-cepatlah sedar dan berubah.



SEKALI JIN SUDAH JATUH CINTA PADA WANITA, ADALAH LEBIH BAHAYA DARIPADA 'SIHIR'.



Cukup dalam masa 40 hari, PERIKSA PADA BAHAGIAN CELAH/KELILING PEHA, LIHAT JIKA ADA KESAN LEBAM dan jika kurang pasti lagi periksa secara terperinci kesan lebam itu ada 5 lubang halus. Itu menandakan JIN sudah 'menodai' anda.



Andai kata jika wanita itu sudah berkahwin, maka JIN yang 'jatuh cinta' pada anda itu akan 'menceraikan' anda & suami, tanpa anda sedari.



Dan jika anda belum berkahwin, jika sampai masanya anda & bakal suami anda mahu berkahwin, JIN yang sama akan cuba 'pisahkan' mereka dari berlangsungnya majlis kahwin itu.



Nauzubillah

be careful . something to share

Oleh: Ustaz Mohd Kazim Elias 

Sunday, November 10, 2013

A faithful, Realistics, truthful friend

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
*angkat dua-dua belah kening hikhik. ;D
Apa habaq bak hangg semua? Hahaha. hmm awak lah! awak yang baca entry ni hah! sihat ke tidak? harap-II all sihat ye. Tiba-tiba mendapat seruan untuk update lagi blog buat hari ni untuk tontonan readers yg baca blog ni. hehe. Sory ye kawan-II, tangan ni makin hari makin malas nak ketak ketuk ketak ketuk untuk meniap. Timbul jugak perasaan rindu nak update banyak2 kali. blaablaablaa..So there you go.

Alright alhamdulillah masih berkesempatan utk jari berjogget atas keyboard laptop. Hapdate belog sebab bosan kt tempat kerja. (practical training) boss keluar so heaven gila sekarang. Tapi, BOOSAANNN BAK HANGG !!! kiki. Alhamdulillah syukran hari ini sudah masuk week ke -12 praktical. Another 2 weeks to get then i'm done with diploma. Sekarang terheggeh-heggeh menyiapkan proposal buku tebal yg (GILA BAAAPAKK NYAAHH) untuk praktikal and final year project which is hotel. Budak architect/Interior designer memang gini-II suke buat project last minit. "Macam biase je, Macam biase je". Oke sebenarnya nak tulis pasal macam-II tapi otak panngg BEKU.

Dalam hidup ini kita tak pernah terlepas dari menghadapi masalah. Macam masalah itu dah jadi sebahagian dari darah daging kita kan? Tapi lagi elok rasanya jika kita katakan, masalah yang melanda diri kita itu adalah satu ujian daripada Allah yang Maha Penyayang.

Baca tajuk pon boleh tahu what this entry is about kan kan ?? Aminah Faysha ni mak jemaah aku . haha . Dia ni sebenarnya, my enemy,my girl bestfriend, my tempat luahan, my punching bag, my heart-to-heart listener, my pengapit (ehhhh macam nak kawin pulak) kidding, and my everything. 

Ok, kalau u all perasan, yg sebelah aku ni, AMINAH FAYSHA, semejak dua ni memang muka dia banyak interpremmm dalam instagram aku :) Kalau nak cerita2kan balik aku sebenarnya kenal dia kt (KEM ASEAN) 2010 kot. Dia muda aku setahun je pon, kira my junior ha dengar tu my junior jangan nak neraka dgn aku hahaha. So, kawan paling terdekat memang Si Aminah ni laa :) Dia insan terpilih.haha. Si Aminah ni laa yang tolong coolkan perasaan aku bila aku sedih atau bermasalah. Me love you enemy. Aminah..thanks for everything sebab datang penang weekend lepas and jaga aku baik2 spnjang 2 hari tu :).Kenangan yang aku paling tak dapat nak lupekan. Thank you Thank you. Jasamu Dikenang. 

Oke since kau dah nak masuk balik Uitm 26hb nih , here's my advice to you:
  • Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
  • JANGAN PONTENG KELAS
  • Pandai Pilih Kawan.
  • Jaga Kesihatan!
  • Study smart. Real smart!
  • Belajar, belajar juga, Enjoy Pun Jangan Lupa.
  • Bersedia Dengan Zaman Kejatuhan
  • Sentiasa berfikiran positif.
  • Tetapkan MATLAMAT
  • Jaga solat, dekatkan diri dengan Allah
  • Just be yourself.
  • Jangan baik sangat dengan orang sometime we have to be a bit selfie (y)
  • Sentiasa Berdoa


Ya Allah …
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat.

Thank you for coming to pulau pinang and visited me last weekend. Nanti ada rezeki kita jumpa lagi. Kan i miss you oredi ! :( Take care mak jemaaaaaah ! ;D

Tuesday, November 5, 2013

Luahan Isi Hati

Assalamualaikum.
Banyak sangat dugaan yang Allah berikan kepada Ku..walaupun dugaan tu kecil tapi Allah still ingin menguji tahap keimanan dan kesabaran terhadap diriku ! sometime rasa diri ni lemah dan kerdil...cuba untuk kuatkan iman dan kesabaran ni tapi kadang-II tak boleh nk lakukannya..

Penat rasanya bila asyik nak jaga hati orang kan? Time bila plak kita nak jaga hati diri sendiri, kalau setiap masa nk jaga hati orang??.. Memang susah sangat2 kalau kita nk puaskan hati semua orang..Kadang2 ada juga makan hati tp nad biarkan je, Berdiam diri itu kadangkala lebih baik. Rather than terus sakit kan hati mana-II pihak. Malas nk kecoh2 kang jadi lain plak! Selagi kita boleh bertahan,bertahan laa. Insyallah,ada hikmah semua yang terjadi..Hati mengalah bukan bermakna lemah tapi demi menjaga hati orang lain yang tak pernah cuba untuk faham kita.

Semejak dua nih i feel very down. Memang sedih harus melepas orang yang tidak mencintai mu,tapi lebih sedih apabila kamu menahan orang yang tidak mencintaimu. Nad masih cintakan dia. I lost my best friend like everything i knew switch. Absolutely, I think he was the love of my life, he was the first love. I know I love him and I probably always will.

conversation

Mama: Mama bukan orang lain, mama yang melahirkan dan membesarkan k.ngah. Mama tahu isi hati anaknya menderita, Wajah boleh nampak kita happy dan dapat sorokkan masalah kita. Tapi dalam hati teramatlah sakit. Hanya Allah sahaja yang tahu :). apa yang aku rasakan mama pon dapat rasakan bende yang sama. Memang benar naluri seorang Mama ... :')

Nad: Tak boleh tahan macho*cries cries* Mama k.ngah dah cuba macam-II dah ma. Rasa dah putus asa. k.ngah dah tak tahu nak buat apa agi. *cries huggss. :'/

Saya akan diam, saya dah penat. Maafkan saya kerana tak dapat jadi kawan yang sempurna untuk awak. 

One of the hardest thing in life is letting go of something that you thought was real. Apa yang jadi, mesti ada hikmah disebaliknya. Tapi, memang susah nak terima kalau benda yang berlaku tu, buat kita sedih.

Ya allah, kau kuatkan lah hambamu ini. Demi Allah, aku yakin seyakinnya Dia telah merencanakan sesuatu buat aku di hadapan. Aku hanya perlu bertahan dan SABAR. Kau limpahkan lah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas. Dan Kau kurniakan lah aku dengan sifat keredhaan. Wahai pemilik hati dan jiwa ini, tegarkan dan kuat kan hamba mu ini Ya Allah..

Is oke aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapan-Nya. dan aku terima Qada' dan Qadar diriku.

p/s: Thank you Aslah Aziz , Nad tenang kerana Nad tahu Nad ada kamu untuk ku bersandar . Terima kasih sahabat :')

#AtokKebayan thanks sudi spend time besama Nad as a friend-to-friend bonding.

Toodles

Thursday, May 2, 2013

Sombongggg

Assalammalaikum,
hari ini nak meluahkan perasaan yg dah lama terpendam...  Jauh di sudut hati.. saya terasa rindu sgt dgn kawan baik saya, aaahhh puuuiihh tak tak HAHAHA !! (mesti kata kuajaq) gurau2 rindu kot, dia sombong.. huhuhuhhuh
Rasa lama tak menghapdate blog nih, maklum lha tuan blog nih buzy ngn pilihanraya pffffttt tu pon kalau cukup umur nk mengundi, belum lagi 20 teheggeh-II nk menghundi .

Tadi saya dah nak tidur sebenarnya, tapi nad lompat dari katil, ke meja study and terus on laptop dan mula menaip entry ini. Sebernarnya sambung dok asyik "save as draft" je.
oke mehh sini ceq nak habaq mai pasal si Apek tu, lama kan tak mengutuk dia dlm blog nih, jommm mari ramai-ramai baca. EEHH ?? tolong sikit Nad je boleh mengutuk dia, sape ngutuk dia siap, sepak-II putus kepala.
Nad mempunyai ramai kawan tetapi kawan baik seperti dia membuatkan nad rasa special, sebab nad rasa selesa cakap apa yg nak ckp, like I said to him biar mengutuk depan-depan puas hati hihi. Hobby nad sakat dia, bila on the phone ade ja benda nak sembang tak pernah rasa bosan, well sometime. Kami bersekolah nu haa jauh ha tapi entah boley jadi best friend, dah 2 tahun kawan kan Apek? Nad seorang yg peramah, best,n syioookk n baik kan kan kan apekk? and Apek on the hand hmmmm harap mukaa ja macho, hensome tp dy HOOMMMAAAIIIIIIII the best person ever. ayat bodek , cepat belanja burger bakar, haha. 


Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

#nyanyii saaaattt... 

Tiba-II lagu Najwa latif pulak haha ...i dedicated to you Apek Buncit bin Hensome , nama baru HAHAHA.
Bestfriend kita ibarat airmata, dia ada bila kita gembira, dia ada bila kita sedih ,dia ada bila kita terluka dn dia akn selalu dengan kita.

Allah sayang semua hambanya, Dia kurniakan kita ramai kawan. Dan kita kena pandai pilih kawan yg betul-betul mampu menjadi sahabat kita, yg mampu jadi sahabat sejati kita, yg mampu bersama kita ketika senang susah, sentiasa ada bila diperlukan. Yes i admit nad pun bukan seorang kawan yg baik sgt, tapi nad cuba menjadi yg terbaik untuk semua kawan-II nad. I know most of my friend tak suka sbb mempunyai kawan lelaki yg bernama Apek, is not my fault i choose to be who i want to be. I feel really comfortable with him. Best friend kutuk-mengutuk each other that's what we do most of the time. Nad bersyukur sgt dapat kawan mcm dia. 

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .

Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya. Mengumpat sama-sama.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya. Yes, I'm proud of him.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.


bebelit-belit lidah baca kannnnnnnn ? haaa amek untuk si Apek
ohhh yeaa ade org tu kan kan kan dia kann kann kann apek kannnnnnn , macchhoooooo.... 
(jgn kembang pulak)


 jgn nangis pulak dengar lagu nih ....nad je boleh nangis :')

p/s Nak kasi penumbok sebab seminggu tak contact sama gua, bagi je lhaa nad blasah sbb tk WeChat, tak WhatsApp , nad tumbok klo benggkak g sapu ubat , alaaa sakit sikit je pun , boleh lhaa boley lha :)

okai peace yo. 



Tuesday, March 12, 2013

Best friend vs. Boyfriend

Assalamualauikum
Hey, gadis-gadis penuh setia dan jejaka playboy, what's up? just kidding

oke let's get started menaip setelah lama Nad menghilang. Rindu tak ?? alahamdulilllah .....tak hikhik
oke lately Nad sgt buntu. Hanya sorg yg tahu apa masalah nad, tp still tak dapat penyelesaian. is oke.

Lelaki, jejaka, teruna, apapun gelarannya maknanya tetap sama. Ada antara mereka sesuai dijadikan kawan. Saya panggil mereka jenis sahabat. Mereka membeli belah, bergosip dan menonton wayang dengan anda. Apabila kita bercakap tentang teman lelaki kita kepada mereka, mereka akan mendengar dan memberi komen, right girls?. Pasti ada yang memiliki kawan lelaki sebegitu kannn ?? Tapi Nad hanya kongsi kat sorang je pasal nih.

Memang ‘cool’ memiliki best friend lelaki macam Apek buncit kerana dia mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah faham pulak -,-. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak?
If you hurt my best friend, I will make your death look like an accident. understand ? minah gangster kan aku :)

anyways......

Ada waktu, datang pula lelaki yang memberikan anda perasaan-perasaan feeling2, taching lah bagai. Ciri-ciri seorang teman lelaki. Bagaimana anda boleh tahu? Nad percayakan kata hati wanita. Ianya sangat kuat, jadi gunakanlah! Ini adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja. Dia akan membuatkan kita rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah dimanakan cinta. <----eeee ngeri dengar.

Itulah perbezaan besar antara best friend lelaki dan teman lelaki, teman lelaki boleh membuatkan anda berasa cemburu tanpa alasan kukuh. Melihat dia menjeling perempuan lain sudah cukup untuk menaikkan kemarahan anda, tetapi jika best friend melakukan perkara yang sama, anda tentunya akan memberikan sokongan penuh. kan kan kan , angkat kening sikit  ~_^.

Bagi nad untuk pilih antara best friend and teman lelaki , nad pilih best friend, sbb untuk mencari kawan seperti Apek nih is out of ordinary. Bukan sebab apa , sebab nad rasa kita ni masih muda, masih banyak masa, masih jauh perjalanan. Jangan disebabkan rintangan di tengah perjalanan. Kita rosakkan segalanya. Masih jauh lagi perjalanan untuk kita harungi dan tempuhi. Bersiap sedialah kerna di dalam setiap perjalanan pasti ada cabaran. Nad rasa teharu sangat bila apek cakap dia taknak nad kecewa lagi. wah2 thanks Apek . :) I'm still studying, focus on my study lebih bagus. Nad tak bersedia untuk berada dalam sebuah hubungan, banyak bende nad perlu belajar tentang hidup. Biarlah orang nak kata kita sombong atau jual mahal sekalipun ketika di ganggu. Itu menunjukkan diri kita bukan mudah untuk dipermainkan. ☺

Im happy with my life right now. Nak kenal dunia dulu jangan risau Jodoh itu rahsia Allah. Kenapa kita masih sibuk mencarinya sedangkan kita sudah tahu yang Allah dah takdirkan jodoh yang terbaik utk kita. Kalau dia memang jodoh kita, sejauh mana pun dia pergi, dengan siapa pun dia bersama, dia tetap akan datang dan menjadi milik halal kita.

  I'm only single, because I'm too sexy for everyone. tak caya tanya Apek ...HAHAHAHAHAHAHAHA !!! kbye !



Monday, February 25, 2013

Rahsia Allah

Assalamualaikum para blogger.
Hagak lama nad menghilang kann? lately sibok dgn Kenduri Along..Alhamdulillah semuanya sudah selesai.

Entry harini berkaitan jgakk dgn kawin n jodoh.
ssssshhhhhh semuanya rahsia Allah swt

"hampa ingat hampa je ada rahsia. Allah pun banyak rahsia nya dengan kita. Satu entri panjang berjelaa jelaaa jelaaa untuk korang.baca sampai habis naa :) "




layan lagu sambil baca.

Lately kitta selalu dengar pasal Jodoh kan?? APA TUUUUU , yelah kt sekolah cikgu tak ajar bab nih sebab tak ada dalam sylibus, haha...oke, actually jodoh nih pasangan yang telah allah tetapkan untuk kita,yang telah allah tuliskan di luh mahfuz,nama yang telah tersedia disebelah kita.Itu semua rahsia Allah kan. Yang penting kita selalu berdoa untuk mendapat jodoh yang baik. La tahzan :)

Doa adalah senjata terbesar manusia yang tak seorangpun mampu mengambilnya darimu.

Bagi perempuan yang belum menemui rusuk kiri itu, janganlah runsing sebab dia pasti akan datang sebab tugas lelaki mencari pasangan hidup dia dan kita sebagai perempuan, untuk menjadi wanita sempurna bukanlah kekayaan diperlukan,populariti mahupun bijaksana tetapi keluarga yang sempurna dan bahagia iaitu suami dan anak anak. Kadang kadang kita terpaksa menyintai seseorang dari kejauhan dan membiarkannya dalam jagaan tuhan.

Yang sudah ada pasangan,kita berhak memilih yang terbaik tapi ingatlah tuhan memberi berdasarkan apa yg ada pada kita sendiri. Seandainya kita sekarang sedang memperbaiki diri,menjaga hati, insyallah jodoh kita juga sedang memperbaiki diri dan menjaga hati. Tapi andainya diri kita sedang flirting flirting,poking poking chatting chating maka mcm tu jugaklah jodoh kita. Bak kata ustaz azhar idrus (angkat kening) haha


Remember this awak dan awak semua Tetapkanlah hati jika benar ikhlas dan jujur dalam suatu perhubungan dengan niat kerana Allah Taala. Melepaskan memang mudah, tapi untuk menggenggam kembali hati yang dulu, mungkin tidak sama. Orang yang sangat menyayangi kita,bertangungjawab terhadap hati kita takkan pernah meninggalkan kita walaupun ada beribu halangan atau alasan untuk mengalah mendatang tetapi dia akan mencari satu alasan sahaja untuk terus berusaha bersama sampai akhir hayat.



Duhai bakal imamku jangan biarkan hadirmu sekejap mata dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara.
Kelak kehadiranmu dalam hidupku menggantikan tanggungjawab ayahandaku dalam memimpinku. Engkau umpama pakaian bagiku dan aku pakaian untukmu. Pimpinlah aku agar mampu menjadi pembantumu di dunia. Dan pendampingmu di akhirat kelak. Amin ya Rabbal a'lamin!
 
‎

Kita sebagai hamba Allah all we need to do is du'a , hanya Allah Maha Mendengar and Mengetahui Segala2nya. 

 

Wednesday, February 20, 2013

Kahwin Muda

 Assalamualiakum semua.
memandangkan harini class cancel tu teringin nk tulis pasal kawin awal, ramai member2 aku kawin muda. 
Sooo .....

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (akad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.Allah SWT menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Nikah awal nih perlu persediaan mental dan fizikal. luar dalam kena ready no matter what. Kita sering dengar orang selalu cakap, “bestnya nikah”, bestnya kahwin muda (i use to say that). tapi kena ingat, apa konsep 'best' tu ?  Its all about tanggungjawab, berbakti sepenuh hati dan berusaha untuk menjamin kesejahteraan rumah tangga. I’m here not to convince you all tentang kahwin awal.

My advice, kalau tak bersedia lagi nak kahwin, jangan couple. siapa je yang couple lama2 boleh kekal sampai kahwin. Ada tu tukar2 lagi. Tapi, kekalnya tak jugak. kahwin tak jugak. tak taw den nak kato apo (speaking nogori pulak) HAHA !!!. jaga agama, jaga batas, jaga ikhtilat. Allah tu Maha Pengasih. Allah dah tetapkan sapa jodoh kita, if we keep on searching, jap dengan org ni, then putus. eh, dia bukan jodoh aku. jap dengan orang ni plak. putus jugak. eh dia pun bukan jodoh aku. haaa, sampai ke sudah la keje kau dok couple putus then ckp dia bukan jodoh aku. Allah lebih mengetahui tentang semua ni. serahkan pada DIA. insya Allah. cuma yang penting, persiapkan diri kita jadi orang yang lebih baik. supaya orang yang kita dapat, selayaknya dengan kita.insya Allah.

remember "Reda Allah terletak pada reda kedua ibu bapa.."

Kita bila tanya kawan2 yang sudah kawin , soalan nih selalu timbul Kenape kawin awa? 

Pendapat saya Apabila 2 orang anak adam diijabkabulkan, maka menangislah si syaitan durjana kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina :)

Rasulullah s.a.w bersabda: 
Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah 
 apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa baginda Rasulullah saw telah bersabda:   “Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu, maka nikahkanlah dia. Jika tidak kamu lakukan demikian, maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”.(hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)

Kahwin awal ni dapat elakkan banyak perkara maksiat, lebih2 lagi zaman globalisasi ni haa. orang dok couple, terlanjur plak, dapat anak plak. okay, lepas tu rasa masa depan dah gelap, takut nak bagitaw parents, tu la jadi kes2 buang anak. ya Allah. anak anugerah Allah tu dia buat macam sampah. sedih sangat tengok :( kalau dah nikah, kan bagus. anak tu halal, nak bersama dengan suami pun halal. tak perlu la kau serah diri dekat pakwe kau and tanda cinta dan kasih paling AGUNG kononnya.pppiirraaahhh :P, nak serah diri sangat, haaa, kahwin cecepat! 

Rasulullah s.a.w bersabda: 

Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Antara artist2 yg kawin muda ,Sweet je tgk Irine Nadia Marcello dan Muhd Amirul , Ally iskandar dan Farah lee and Dena Bahrin....

Bila turn aku hahaha *gatai bebeno, boyfriend pon takda .. *sobsob :P …sekarang nak focus on my study dulu , bila En.jodoh dh sampai, itu lhaa masa nya. InsyaAllah , Amin. Perempuan yang 
Single ni bukan mereka jual mahal , cuma CINTA dia mahal dan untuk yang halal sahaja :')

Kepada pemilik tulang rusuk saya .. saya sentiasa menanti dan berdoa agar dipertemukan dengan awak . Bimbinglah saya ke syurga Allah :)

"Bercinta lepas kawin must be much more awesome and full with barakah "

  

KELEBIHAN NIKAH:

saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
cium isteri ~ dapat PAHALA!
renung isteri ~ dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri ~ PAHALA!
suami pegang isteri ~ PAHALA!
suami marah isteri (untuk menegur) ~ PAHALA!
suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI GANDA PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain ~ PAHALA!
suami 'bersama' isteri ~ PAHALA!
main kenyit² mata dengan isteri ~ PAHALA!


sweet video nih  
|
|
|
|
|
|
    V    
Dena kamarul bahrin


alrte tata chaw 

Sunday, February 17, 2013

Lelaki Janggut....

Assalamualaikum dan hye
Rasa macam dah lama tak membebel-bebel kat blog sendiri. Buruk perangai rasanya tinggalkan blog sendirian macam tu je. Tapi ape nak buat, masa memang takde untuk seminggu lepas.Setelah 90 tahun hilang tanpa berita , akhirnya Nad sudah kembali menulis ke dalam blog pink yg agak luntur colournye nih. Nak bukak laman sesawang katanya !! .haha
Byk benda Nad nak story morry dekat sini. Tapi bila on je belog get ready mahu menaip,tetibe habes hilang sume idea. Mood pon sekali terbabas.

wahhh conversation yg hagakk random ..boley instagram nih hahah ... hebat tak conversation aku n Aeron Aziz? *Jgn percaya HAHA !!! `_^

So tajuk harini mengenai lelaki berjanggut

Tiba-tiba nak tulis pasal ni sebab baru lepas tengok video ustaz azhar pasal hukum mencukur janggut..dan selepas habis tengok video tu,hukumnya adalah makruh bagi mencukur janggut dan sunat simpan janggut bagi yang bermazhab Syafie.
even thou , aku perempuan , yes aku mengaku . Lelaki macho bila simpan janggut..Nampak matang dan boleh dipercayai..Terserlah kejantanan tu! 

Bagi aku, lelaki melayu yang berjanggut ni nampak manis dan matang. Ni bukan pendapat aku sorang, ramai lagi perempuan diluar sana yang sama pendapat dengan aku. Bak kata orang, janggut tu merupakan asset 'kecantikan' pada seorang lelaki yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih 'tulen'. Tak semua lelaki nampak manis bila berjanggut sekiranya lelaki berjanggut itu tidak menjaga kebersihan diri.

Contoh lelaki melayu yang menyimpan janggut ialah Aeril zafrel , Fizo Omar, Ikram (senior kt sekolah) Apek buncit opsss. *sakat je lebih nih hahaha ... ~_^

Lelaki yang simpan janggut ni bukan sahaja menampakkan diri mereka 'macho', malah akan mendapat keredhaan Allah dengan niat semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Rasulullah SAW.


:: Wahai LELAKI, berjanggutlah ::


                                                              Good Night (: